PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Sunday, February 8, 2009

serabut..

salam...
banyak yg nak ditulis kali ni apabila lama tak menulis dek kesibukan di kolej.

PPSMI
akhirnya inilah entri yg ke-10 berturut-turut yg berjaya fairosza lakukan..jadi mmg takde masalah nak tulis dalam bahasa melayu walaupun setelah di'ppsmi'kan..
tak payahlah nak berselindung disebalik perjuangan bahasa melayu utk mencapai tujuan2 tertentu(bkn semua pihak,ada pihak yg benar2 ikhlas mempertahankan bhs melayu namun mereka tidak memandangnya dpd sudut kami,pelajar yg menjalani ppsmi)..tadi chaletmate(kat kolej,kitorg tinggal kat chalet bg yg tak tau) juga merangakap sahabat fairosza yg membuat A level utk melanjutkan pelajaran di luar negara dlm bidang pendidikan(bakal guru lah ni) utk subjek biologi ckp,"dgr cite ppsmi nak dimansuhkan ye.kalo gitu rugi kalo sampai ke luar negara nak ajar dlm bahasa melayu.ok r ppsmi tu.memudahkan pelajar.rasenye takde masalah pun".perkara yg ingin fairosza ketengahkan ialah sahabat tersebut telah menjalani ppsmi dan dapat merasakan kesan positif dpd program tersebut walaupon die bknlah penyokong kerajaan.maknanya kta tak boleh mempertaruhkan pendidikan utk politik atau sbgnya.dahla malas nak ulas panjang2 pasal ppsmi ni.fikir-fikir lah sendiri.


BANGSAWAN
akhirnya berakhir juga pertandingan teater bangsawan jumaat malam yg lalu.walaupon kecewa dgn keputusan yg diumumkan tetapi fairosza bersyukur sbb berjaya menyelesaikan misi.tapi sdikit sedih krn tak dpt memberikan kemenangan kategori koreografer kpd garnet namun tak kisah krn tarian diamond tak menang.sblm pertandingan ni dilangsungkan,ada kawan yg bg pendapat,kategori koreografer kali ni bkn perlawanan antara rumah tetapi perlawanan antara lelaki dan perempuan.nampaknya lelaki telah menang!tahniah sapphire.terbuktilah bhw tidak semestinya perempuan yg dapat menari dgn baik.walaupun tarian garnet tak mng,tapi ada juga shbt2 dr rumah lain yg merasakan tarian kami hebat.biarlah pandangan pengadil berbeza,begitu juga pandangan kita.tak sia-sia kaji selidik yg dijalankan selama lebih sebulan dan akhirnya membuahkan hasil yg mantap.

PERAK
seboleh-bolehnya fairosza tak nak menulis mengenai politik di blog ni sbb sbg pelajar fokus dan prioriti utama fairosza ialah kehidupan mengenai ilmu dan hubungan sesama manusia tanpa melupakan hubungan kepada Allah.tapi keadaan skrg nampaknya semakin melampau.

dalam blog siasahdaily,diorg ada tulis:
Apa yang berlaku adalah, Speaker telahpun menerima kedua-dua surat perletakan jawatan itu melalui sesaorang yang tidak dikenali. Berdasarkan surat itu, Speaker telah menghantar surat kepada SPR.
macam mana pulak speaker tu boleh pasti surat tu betul2 drpd ADUN2 yg keluar parti tersebut kalo org yg kirimkannya pun tak dikenali sedangkan tuan punya diri menafikan perkara tersebut.kalau posmen pun kita pasti mengenalinya sbg posmen,tapi ini mmg tak dikenali terus.perkara ni betul2 meragukan.ish..pelik betul..(cepat2 cek sblm mereka ubah suai kandungan laporan yg mereka tulis kat blog tu.biasalah dah maju.sng je nak ubah2/edit)

ketika Sultan Perak belum mengumumkan keputusan baginda,BEKAS menteri besar ke-10 dan penyokongnya memuji-muji sultan.tengok kat SINI.kononnya terharu dgr pandangan baginda apabila baginda membacakan sepotong ayat al-quran dan mereka yakin bhw Sultan nanti akan buat keputusan yg adil dan mereka akan terima shj keputusan yg sultan berikan.skrg apa dah jadi?sayang nak lepaskan kereta camry ke?tak nak ke terima keputusan sultan?kalau betul2 nak bela rakyat kenapa cakap lain buat lain.

sanggup ke asyik kene tipu je...?mengarut.

semua benda yg menguntungkan mereka adalah betul dan benda yg merugikan mereka salah.org masuk lompat ke parti die betul org keluar parti die salah.kalau org lain buat katanya ada rasuah mereka buat takde rasuah sikit pon tapi bukti tak pernah nak ada pon.tiba2 kelua rpulak akuan bersumpah pasal bende yg dah lame tapi skrg baru nak sumpah.apa agenda diorg yg tersembunyi?pikir2 lah sendiri...

mesti menyesal BEKAS mb tu sbb tak pecat 2org yg keluar tu awal2 mase diorg tgh ada kes.die juga yg bela 2org tersebut mse tu.tu lah ikut la lagi cakap k**p*l tu.
tak payahla nak obses kat seseorang membuta tuli.jumud.tak serik kene tipu nak kene lagi!

dah tu katanya nak mohon 'derhaka' kat sultan pulak.kalau sultan tak perkenankan permohonan tu pun diorg tetap buat gak.cube tengok,takdenye sultan perkenankan.baik tak payah mohon.contohnya kalau kat kelas kita nak pinjam pemadam seorang sahabat tetapi sahabat tersebut tak benarkan dan kita tetap ambil juga.apa gunanya mintak kebenaran?
cbe bayangkan kalau pemerintahan di negeri sembilan yg tumbang dan seterusnya memihak kpd mereka(sbb ada dakwaan akan ada lompat2 di situ,haiz..),tentu mereka dgn bangganya menjulang diri mereka kerana merasakan kejayaan yg besar dan seronok bagai dunia ni dia yg punye.kalau org lain tak boleh nak buat macam tu sbb nanti diorang cakap tu salah ni salah.tapi kalau diorang yg buat betul.

apabila wartawan bertanya kpd MB baru mengenai keputusan 'BEKAS' mb,dgn mudah katanya biarkan dulu die duduk di kediaman menteri besar.berikan die mase utk berfikir.nah!org dah bagi peluang utk fikir-fikirkan tapi kalo tak pandai nak gunakan peluang sebaik-baiknya juga tak tau la.
akhir sekali,fairosza berpendapat,tak kisah lah siapa2 dan mana2 pihak pon (kedua-dua pihak) harus kembali ke pangkal jalan dan memulakan semula dgn jalan sebenar dan bersatu mentadbir bumi Allah ini.ubahlah sikap gilakan kuasa dpd kedua-dua belah pihak kpd sikap yg lebih baik krn ketika ini di sana saudara kita sdg sengsara tp kita di sini bertikam lidah sehingga meminggirkan mereka.
fairosza bukanlah fanatik seperti penyokong2 bola sepak yg menyokong kelab masing2.cume sekadar berpandangan terhadap perkara yg berlaku.
(dah lama tak kemas kini,jadi entri kali ni agak panjang.hehe.)
renung-renung,tenung-tenung kan...
wallahualam

Artikel Yang Berkaitan



2 comments:

BADAR SBPI Sabak Bernam said...

Assalamualaikum akhi Fairosza,ni bekas peserta PJU 08(fakhruddin,x kenal pun x pe).Sbg anak Perak...ana sokong kata akhi Fairosza tu.Teringat pula pada surah Ali Imran ayat 26 dan 27 tu...jemputla ziarah,komen-komen kat blog kami yg x seberape ye(kalau akhi x sibukla) ^_^

Fairosza said...

waalaikumsalam..erm kalau tengok muka mungkin kenal kot fakhruddin ni yg mane..terima kasih krn melawat blog ni dan memberi komen.tak semua org mempunyai pendapat yg sama dan kita harus sedia mendengar pandangan org lain.insyaallah sy akan melawat blog korang.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber