PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Friday, March 13, 2009

buat 'pakcik makcik'

salam..
apa nak jadi lagi ni...
'pakcik makcik' sume..
tak usah la buat hal..

entri ni ditulis dalam bahasa melayu agar pakcik dan makcik sume mudah paham(harapnya)..
kalo tak faham gak,org tua2 kata 'tak gheti bahase'..

sabtu lepas(7 mac),fairosza pulang ke johor dari kl..
sepatutnya, balik pada 6 mac,tapi sebabkan tiket yang tinggal cume pukul 10 malam,mak nasihatkan balik hari esoknya je.jadi fairosza pon beli tiket pukul 12 tgh hari esok dan bermalam di rumah abang di seri kembangan..

pada 7mac tu,sblm bas bertolak,sempat fairosza dan syafiq haziq mengadakan pertemuan singkat berhampiran stesen lrt masjid jamek utk berbincang mengenai apis..lame gak r tunggu syafiq haziq yg bertolak dpd KLCC..

mana jati diri melayu?

semasa menunggu keseorangan tu,kelihatan kelibat beberapa org tua yg memakai baju yg menunjukkan penentangan terhadap ppsmi..terdengar salah seorang bertanya.."kat mana?"..seorang pakcik yg lain pula menjawab.."masjid negara"..
dalam hati nak sahaja fairosza menegur pakcik2 tersebut dan cakap..

"pakcik,toksah wat kacau lagi la.saya ni dulu lalui ppsmi,sekarang dah belajar kat kolej.banyak kelebihan yg saya dapat.pakcik tak laluinya.tak payah la buat2 tau?sejujurnya mmg susah pada awalnya,tapi sekarang tika saya menyambung pengajian ke peringkat yg lebih tinggi,saya dapat belajar dgn lebih mudah.pakcik kan 'pejuang bahasa',takkan tak pernah dengar pepatah,
'berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.'
lebih baik pakcik balik rumah tengok anak2 pakcik dah belajar ke belum.eh betul ke pakcik ni perjuangkan bahasa melayu?"

tapi apakan daya,tu cuma satu gerakan hati je..sbb fairosza rasa sukar pakcik tu nak faham rayuan fairosza (walaupun dalam bahasa melayu) setelah pakcik2 tersebut susah payah berhimpit-himpit naik lrt.
ingat ye pakcik makcik,matlamat tak boleh menghalalkan cara..kalau nak perjuangkan sesuatu pun,gunakanlah cara lebih baik..

fairosza faham perasaan beberapa individu yg sayangkan bahasa kita.tapi tolonglah faham fairosza juga mahu adik2 fairosza mendapat kebaikan yg fairosza terima dahulu.dapatkah pakcik dan makcik jamin bahawa bahasa melayu akan hilang jika ppsmi diteruskan?(mestilah tak..)

tolonglah faham...

fairosza merayu dalam bahasa melayu ni..takkan lah pakcik dan makcik yg kononnya menjadi 'pejuang bahasa'(betul ke?) tak faham?

sewaktu cuti akhir semester tahun lepas,fairosza ada memberitauh kpd mak fairosza,"mak,kalau orang jumpa dato' hisham tu orang nak mintak dia terus kekalkan ppsmi."dengan penuih tanda tanya dan seperti tidak setuju mak berkata,"kenapa?".fairosza menerangkan dengan penuh keyakinan,"ye lah,orang belajar ok je,tak de masalah pon.lagi banyak membantu sekarang ni adalah."
nasib baiklah mak memahami luahanku yg pastinya dalam bahasa melayu..

setibanya di rumah pada hari sabtu tersebut,fairosza menonton buletin utama seperti cuti2 sebelum ini..alangkah terkejutnya apabila terlihat ada perkataan PKPIM pada sebuah keranda yg diusung 'perusuh' ketika berita mengenai perhimpunan membantah ppsmi disiarkan..

amat memalukan..

sbg sebuah persatuan yg membawa nama pelajar dan islam,mereka tak sepatutnya berkelakuan ala perusuh jalanan..
seperkara lagi,adakah mereka ingin menguburkan organisasi tersebut dgn meletakkan nama PKPIM di keranda tersebut
..selamatkan PKPIM..PKPIM telah banyak berjasa dan membantu APIS,sebuah organisasi yg baru mula bernafas.saya harap individu2 berkenaan tidak menggunakan nama persatuan tersebut jika ingin bertindak seperti itu.
amat mengecewakan dan memalukan..

mengenangkan peristiwa perhimpunan tersebut, sia2 shj usaha fairosza dan rakan2 melalui Kelab Kebudayaan Melayu di kolej kami utk menerapkan jati diri dalam kalangan pelajar jika org2 tua sendiri mengenepikan jati diri semata-mata ingin memperjuangkan bahasa.kami berusaha utk memupuk budaya melayu yg penuh kesopanan dan menanam jati diri pada diri kami dan rakan2 agar kami tidak lupa asal usul kami apabila menyambung pengajian ke negara orang yg semestinya berlainan budaya.
aduh..sedihnya...tak ada sebab bahasa melayu nak pupus jika hanya subjek sains dan matematik sahaja yg diajar dalam bahasa melayu..
'pejuang bahasa' sekalian,jika ada masalah,kita perlu atasinya,bukan lari daripadanya.tindakan menentang ppsmi seakan-akan suatu tindakan utk lari daripada masalah..nak memartabatkan bahasa melayu,buatlah melalui bahasa melayu.bkn melalui sains dan matematik..

saya bukan 'pengagung' bahasa inggeris,kerana saya bertutur dalam bahasa melayu di rumah.
sekali lagi..mana jati diri melayu?
(sedihnya..)

Artikel Yang Berkaitan



9 comments:

♫♫Remaja Komputer♫♫ said...

setuju!!!!
nape eak dorang wat camtu..
hurm...

Fairosza said...

mungkin diorang tak faham..ye la,diorang tak rasa apa yg kita rasa...jadi,tanggungjawab kita juga utk memahamkan mereka..(harap2 mereka paham..)

h a r i z, H said...

erm...
saudara, saya nampak, saudara punya niat yang ikhlas lagikan tulus. bagus. tapi, jika niat yang mulia sahaja tidak mencukupi. dunia ini bukanlah tempat untuk orang yang dirinya berjiwa mulia sahaja.

dunia ini menyediakan tempat kepada mereka yang berakal panjang. sebab itu saudara, dunia ini teruk. kerana yang jahat itu selalunya lebih panjang akal dari yang baik.

sila banyakkan pembacaan. Ianya bukan hanya berkenaan susahnya orang luar bandar, ianya bukan hanya berkenaan anda boleh bersenang-senang belajar di kolej.

Sila fikir lagi jauh. Fikir tentang komplikasinya pada setiap penggunaan ilmu yang berkaitan dengan sains. Eh, tahu atau tidak, Sains itu bukan hanya Biologi, Fizik dan Kimia? Sains sosial juga sains.

Pernah dengar atau baca tentang guru Matematik yang bertanya murid tuisyennya yang tak tahu apa itu maksud "darab"?, maksud "bahagi"?

Dan, pernah tahu taraf mana kecekapan guru-guru SnM dalam bahasa Inggeris?

Pernah fikir sindrom takut bertanya apabila tidak faham yang secara naturalnya ada pada orang Melayu? Lebih-lebih lagi anak-anak kecil? Pernah?

Banyak lagi. Sila banyakkan pembacaan dan penyelidikan.

Dan, tahu atau tidak, tunjuk perasaan secara aman, banyak saja berlaku di UK terutamanya, dan para polis tidak akan memukul pendemonstrasi jika pendemonstrasi tidak menyerang? Aman! Pendemonstrasi aman, polis aman.

Kepala kerajaan, ambil tindakan. Itulah namanya kerajaan. Bukan kera jaan.

Aih kawan, banyakkan membaca.

Dan, pesan saya, jangan berlagak pandai dengan memikirkan saya yang tidak setuju PPSMI ini pasti gagal SPM kerana PPSMI. Jangan sesekali pandang rendah pada penentang seperti saya ini. Mungkin bahasa Inggeris saya lebih hebat dari anda.

Dengan aman :)

Fairosza said...

trima kasih diucpkn kpd sdr hariz krn tlh mnulis komen yg agak pnjg(blh tahan pnjgnya)
tp sblm tu,sy ingin minta maaf skiranya entri ni mmbuatkn sdr brasa kurg aman.
dgn rndh dirinya,sy mngaku bhw bhs inggeris sy tdklah sehebt mana dn perlu ditingktkn lg.jd,slh1 lgkah yg sy lakukn ialah mnulis blog dlm BI(dlm Bm pon tulis gak)

Jika sdr kata bhw dunia ini truk,sy pula menganggap dunia ini 1tmpt yg mulia.manusia yg mnjadikannya truk.sy punya pndapat yg berbeza,bkn brmakna sy mngatakan pndpt sdr salh.cuma BERBEZA.sperti yg sy katakn sblm ini,fitrah kita diciptakn brbeza-beza.

Mmg kita perlu brfikirn jauh tp jgnlah trlalu jauh sehingga trpesong dpd prkara yg patut dfikirkn.maksud sy begini,jika sprti yg sdr katakn mngenai thp kecekapn guru Snm dlm BI,kataknlah thpnya lemah,apa yg spatutnya dpersalahkn/dperbtulkan?sistem PPSMI atau guru trsbut yg tdk mmpertingkatkn/memajukan diri?alhamdulillah guru2 d sek lme sy amat brdedikasi dn komited mndidik kami.tinggal kami shj yg prlu pilih mahu blajr bsungguh-sungguh atau sbaliknya.
jika kita malu utk brtanya jika kurg fhm,siapa/apa yg slh?kita ke sistem?GPK1 sek sy dulu slalu ckp kalo buat slh,jgn slhkn angin,pokok,dsb(mksud cg tu jgn slhkn bnda lain).sblm ni mse kt kolej sy prnh dimrh sbb tanya benda yg cg tu dh bgtau pd klas yg lpas.tp sy tak kisah,yg pnting sy dpt bnda yg sy prlukn.mmglah sbg manusia yg lemah,sy tak prasan mse cg tu bgtau,kdg2 sy ni pun pelupa.

sdr tanya pasal sains sosial,sy tahu gak serba sdikit.tp yg pnting,saudara tahu tak subjek2 sains sosial tak diajar dlm BI?tahu tak?jd mmg xbnyakla subjek yg diajar dlm BI.slh satu cth sbjek sains sosial ialah ekonomi asas.

nk ckp pasal demonstrasi aman plak,pihak yg 'bnar2 GMP' tlh brstuju utk brhimpun shj tnpa ada perarakan.jd apabila ada phk yg menyamar sbg GMP dtg,mereka tlah menghuru-harakan suasana dn mencemarkn nama GMP.jd,adakah polis dn kerajaan yg kera jaan ataupun mereka yg brlagak ala perusuh jalanan yg mnjadi kera jadian?pihak GMP prlu sdar perkara ini dn mncari jln agar keikhlasan mereka tak tercemar pd mse lain dan sy brharp ada kalangan GMP yg trbaca luahan sy dlm entri di atas dn seterusnya memahami luahan trsbut yg ditulis dlm bhs mlayu.

sy menghargai perbezaan pndapat kita dlm komen sdr.tp tika dh nk hbs bce komen sdr,tiba2 sy rse trkilan.mana ada sy ckp sy ni trlalu pandai.tahniah sy ucpkn kalo spm sdr cmrlg.

(bnyak singkatan trpaksa dgunakn atas sbb2 yg xdpt dielakkan)

Fairosza said...

fairosza ni sensitif sket sbb tu trasa trkilan.hehe..org jawa ckp gembeng..
satu lg,nk ingatkn dlm tatabhs mlayu tak ada prkataan IANYA.sdr boleh gntikan dgn 'prkara trsebut' atau prkataan lain yg sesuai.
sekian.

h a r i z, H said...

pertamanya, terima kasih kerana menyambut komen saya dengan tenang dan baik.

keduanya, minta maaf jika mengguris hati anda. saya menulis demikian kerana apa yang saya perhatikan, ramai dari penyokong PPSMI dari generasi kita akan berhujah dengan bongkak, dan mendabik dada yang mereka hebat bahasa Inggeris. Jadi, tahniah kerana anda bukan dari golongan itu. saya cuma mahu menundukkan ego golongan ini kerana pabila saya menulis komen, biasanya komen saya disambut dengan bongkak yang kononnya saya ini golongan akal pendek dan tak terpelajar. Sekali lagi, maaf.


Kedua, berkenaan sains sosial, memanglah belum lagi. Tapi, akan datang, ia pasti menjadi. Kerana apa? Kerana akan berada sangkut paut istilah di dalamnya sekiranya kita pergi ke peringkat lebih tinggi lagi. Lihat sahaja Matematik Tambahan, terdapat perkara berkaitan Akaun. Pem"bahasa inggerisan" (maaf) istilahnya akan membawa kepada penghapusan istilah dalam bahasa Melayu juga di dalam subjek Akaun. Perkara tidak hanya berhenti di sini saja. Itu perlu ambil perhatian.

Ketiga, berkenaan dengan kecekapan guru, memanglah guru itu perlu lebih dipersalahkan. Masalahnya, yang dah belajar berbelas tahun tak pandai lagi, mahu pandai ekspres dalam beberapa bulan? Memang. Mungkin dia boleh merangkak. Tapi, matlamat utama iaitu SnM itu akan tergadai dengan mencipta lopong besar ketika sesi PnP terutama di sekolah luar bandar.

Keempat, budak luar bandar, kalau di Kelantan tu, nak cakap "bahasa KL" pun tak boleh, apatah lagi bahasa Inggeris? Betul, kita boleh berusaha. Tapi, ingat! Bila mereka tak faham, mereka diam. Mereka angguk saja. Akan berlaku kapitalis dalam sistem pendidikan kita. Bangsa yang besar jurangnya, adalah bangsa yang menuju kehancuran. Tahu YM Prof Dato' Dr Ungku Omar Ahmad? Kalau tak, sila Google. Dia doktor legenda Malaysia. Apa yang dia buat ketika memegang salah satu institusi kesihatan penting di Malaysia? Dia merapatkan jurang perbezaan kesihatan penduduk luar bandar dan di bandar. Kerana dia tahu, orang di luar bandar juga orang kita. Sepatutnya, pabila jurang tidak jauh, barulah kita boleh melaksanakan PPSMI ini.

Kelima, pasal perhimpunan kawan,
baca ini http://au2a.blogspot.com/2009/03/bantahan-ppsmi-di-bbc-uk.html

Keenam, tentang dunia itu teruk. Memanglah. Mana mungkin ia datang dengan keadaan teruk. Ianya makhluk Allah juga. Pasti datang dengan sifat Madani yang sangat neutral. Manusia mencorakkannya. Maksud saya saudara, ianya teruk pada ketika ini. Kerana ia diperintah oleh golongan yang teruk. Golongan yang baik, baru sahaja terkapai-kapai mengangkat tangan pada Yang Esa, mencari tali pengikat kepadaNya. Cuba cari The Arrivals di Youtube. Tengok semua saya sarankan. Dan juga pasal Palestin. Ianya kesilapan orang Palestin dahulu juga. Ops, malas mahu ulas panjang. Lain masa, saya bercerita.

Ada apa-apa lagi kemusykilan? Kedepankan, dan kita selesaikan.

Fairosza said...

Tak mengapa..dh mmg fairosza ni gembeng,nk wat cmne..huhu

komen menarik.walaupun serius ada sket humor.tersenyum sorg2 fairosza bce komen sdr.blog sdr pon sy tngok mnarik.nak link up ye..

hariz ni skrg blaja kt JUST ke?knal x hilmi bdk sbpi gombak.pres badar kt sbpi gmbak.kalo xknal takpe kalo knal krm slm kat die.

h a r i z, H said...

erm. kalau begitu, terima kasih.

Mahu 'link'? Silakan. Nanti saya 'link'kan balik.

Hilmi? Memang kenal. Dari INTEC lagi. Macam mana boleh kenal dengan dia?

Syaza Izura said...

huhu..yeah..
saya faham apa yang awak rasa sebab saya pun rasa macam tu..
memang saya anti+x paham kenapa ada golongan2 tertentu membantah PPSMI ni..
mereka tak pernah nak dengar/tanya pendapat orang2(macam kita) yang lalui PPSMI ni.kalau mereka tanya mesti majoriti akan menyokong dan tak sanggup PPSMI ni dimansuhkan.

mereka x terfikir ke kalau anak2 mereka tu nak cari maklumat pasal fizik ke kimia ke atau apa2 je yang berkaitan dengan sains dalam internet.saya yakin kebanyakan maklumat yang terperinci adalah dalam bahasa inggeris dan bukan calang2 bahasa inggeris..semuanya high level punya..


jangan tanya kenapa jepun boleh maju walaupun guna bahasa ibunda.mereka maju kerana mentaliti mereka.gaya hidup mereka yang tidak suka buang masa dan rajin bekerja.sebab tu la tak ada timbul istilah 'japanese time' tapi 'malaysian time' ada...jadi,bukan kerana bahasa.

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber