PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Saturday, May 16, 2009

impak maksima:solat jumaat

Baru satu jam habis solat Jumaat, saya dah lupa cerita khutbah Jumaat minggu ini! Cuma ingat perkataan guru, ilmu, taqwa dan "mimbar mengajak". Khutbah minggu lepas? Satu iktibar pun tak masuk kepala :(

Setiap hari Jumaat, umat Islam meluangkan masa 30 minit mendengar khutbah di masjid. Ada wanita yang mendengar/menonton di rumah.

YB Menteri, Mufti, Pengarah2, Pegawai2 dan Imam2 yang berkenaan mesti mengambil langkah agar Khutbah Jumaat ada "maximum impact" atau impak maksima. Bukan setakat cukupkan rukun Jumaat.

Khutbah Jumaat peluang yang baik untuk meningkatkan minda, aqidah, akhlak dan kemajuan umat Islam tanpa mengira bangsa dan parti politik. Umat Islam maju, Malaysia pun maju!

Untuk Tuan / Puan Penulis Khutbah

Tuan2 dan Puan2 penulis khutbah mesti menggunakan pendekatan "pembelajaran dewasa".

Contohnya, gunakan cerita dan analogi, kurangkan berleter. Gunakan teknik pertanyaan dan jawapan. Khutbah mesti ada tujuan.... "what", "so what", "now what".... iaitu apa yang dicerita, apa faedahnya untuk saya, apa yang perlu saya buat.

Dan gunakan berbagai teknik lain yang akan menarik perhatian jemaah, meningkatkan ingatan mereka dan yang paling penting mereka gunakan ilmu yang dipelajari dari khutbah tersebut. Biar sedikit tapi berkesan, daripada banyak bebelnya tapi tiada yang ingat.

Untuk Tuan Imam

Tuan perlu mempelajari ilmu "public speaking" dan "motivator". Tidak perlu cakap berapi-api umpama ahli politik. Namun Tuan perlu menarik perhatian para Jemaah dengan suara dan perasaan. Kalau khutbah macam berucap di majlis kematian dan tersekat2 pula bacaannya, sudah pasti fikiran Jemaah melayang.

Untuk Ahli Jemaah

Mari sampaikan maklumbalas kepada mereka yang berkenaan dengan cara sopan santun dan dengan cadangan membina. Sampaikan maklumbalas kepada saudara2 kita yang boleh memperbaiki khutbah Jumaat dan meningkatkan impak kebaikannya:

- Y.B Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir B. Hj. Baharom (B)
- Jabatan dan Kakitangan JAKIM
- Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia

Semoga Khutbah Jummat di Malaysia mencapai kebaikan yang maksima :D

from Peace of Mind

Artikel Yang Berkaitan



1 comment:

hafiy said...

saya setuju, patut khutbah diperbaharui format penyampaiannya.. kalau kat uniten nih, khutbah dlm harus dlm english sbb ramai student international..

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber