PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Thursday, January 7, 2010

Pelajar Tua - Pelajar Muda

Pagi tadi Fairosza, Hakim, Syafiq Haziq pergi ke sekolah kesayangan mereka, SM Sains Johor. Mereka punya misi penting. Katanya ada meeting dengan HEM dan ustaz mengenai satu program untuk memantapkan kepimpinan Persatuan Pelajar Islam. Pergh, gempak bunyinya.
Mulanya banyak halangan. Alhamdulillah akhirnya dimudahkan. Moga dapat dijalankan dgn kemas.
Kembali ke sekolah merupakan perkara yg menyeronokkan apabila bergelar bekas pelajar. Tidak sebagai pelajar semasa (ayat jahat)


     Banyak pembaharuan dapat mereka lihat di sekolah. Terutamanya dari segi prasarana. Semakin mantap. Sempat juga Tn Pengetua berkongsi fikiran perihal kehidupan bersama mereka bertiga. Bukan senang pengetua yg terkenal dengan kesibukannya tu luangkan masa dgn pelajar. Mereka beruntung.
     Seronok juga rasanya dpt jumpa cikgu-cikgu. Jumpa junior-junior. Tapi tadi tak dapat jumpa Aflah.
Masa 3 sekawan ni jalan-jalan sekitar sekolah, dari jauh kedengaran suara-suara menjerit dari bangunan sekolah-"Eh tu abang Fairosza, abang Fairosza".
Fairosza yakin itu suara dpd pelajar-pelajar tingkatan 4 yg merupakan junior tingkatan 1 masa Fairosza berada di tingkatan 5. Saja Fairosza buat-buat tak dengar sebab segan.
     Fairosza dan mereka memang akrab dan itu menjadikan dia antara senior yang amat dikenali oleh junior-junior tersebut.
     Antara kenangan manis Fairosza bersama mereka ialah menjadi 'jam loceng bergerak' utk mengejutkan mereka solat subuh di surau. Kemudian ada pula roll call lepas subuh.
     Waktu tu mereka masih 'suci'. Mana taknye, baru tingkatan 1 la katakan. Jiwa belum dipengaruhi anasir negatif. Memang masa yg sesuai utk dididik. Macam-macam cara digunakan. Ketuk pintu dorm, sembur muka guna spray air, goyang katil segala. Banyak kerenah. Moga mereka terus suci.
     Saat itu amat manis buat Fairosza.
     Detik perpisahan amat memilukan. Tapi tak heran la junior-junior tu menangis tatkala itu. Nama pun budak kecik. Tapi bukan sekadar tangisan biasa yg Fairosza harapkan. Ingatan kepada nasihat-nasihat yg dihamburkan sepanjang tahun mereka membina jambatan silaturrahim lah pengubat rindu antara junior-junior dan si senior tersebut. Ukhwah antara mereka terikat.
Paling menggembirakan, junior-junior tersebut melakar kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PMR baru-baru ni. 84.11% perfect scorer menjadikan SMS Johor di tangga ke-7 dlm kalangan SBP.
TAHNIAH.
Adik-adikku,
ingatkah lagi kamu pada 5 nasihatku padamu juga pada diriku?
1. Sembahyang jemaah di surau
2. Jangan couple, lagi-lagi ketika belajar
3. Jangan tinggal sembahyang
4. Patuhi ibu bapa
5. Jauhi rokok
Inilah buah tanganku untuk kamu. Jangan leka dengan kejayaan dicapai. Moga kejayaan terus mengiringi kita. Dunia dan akhirat.
 

Artikel Yang Berkaitan



No comments:

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber