PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Thursday, June 24, 2010

Budak Tua

Dah lama letak status untuk mood sebagai offline. Hari ni nak update tapi tak nak tukar status tu =).
Hampir seminggu berlalu sejak Fairosza dan rakan-rakannya bergelar alumni untuk Kolej Yayasan UEM. Awards Day yang dijalankan Sabtu lalu menjadi hari yang menggembirakan buat kebanyakan pelajar (kini bekas pelajar) tapi tidak bagi Fairosza. Sayu hatinya melihat ibu bapa rakan-rakan yang lain hadir menyaksikan anak-anak mereka ke pentas sedangkan dia bersendirian kerana maknya membatalkan rancangan untuk hadir kerana memenuhi komitmen lain. Rindu kepada abahnya yang lebih dua tahun tidak berjumpa tidak tertahan lagi. Tambah lagi dengan kesedihan untuk berpisah dengan sahabat-sahabat yang menjadi tempat berkongsi suka duka di KYUEM. Semua ini menjadikan Awards Day hari yang takut dihadapi oleh Fairosza namun terpaksa juga ditempuhi. Bayangan-bayangan kesedihan menjadi kenyataan ketika berlangsungnya majlis tersebut.

Sekarang, masa untuk memulihkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup di peringkat seterusnya. Oh, ketika perasaan tak keruan, Fairosza berasa sangat tertekan. Hari tersebut terasa amat lama untuk menjadi esok. Alhamdulillah, Fairosza mempunyai kawan yang ambil berat dan menjadi pendengar. Dia amat bersyukur kerana mempunyai kawan yang mengambil berat iaitu Asyraf aka Apple (petsib) yang memujuknya pada hari tersebut dan juga Syafiq Ismail (chaletmate dia panggil dia chibo) yang menjadi tempat berkongsi masalah sepanjang di KYUEM. Terima kasih juga kepada Syafiq Haziq yang menjadi pendengar dari jauh.

"Ukhwah dan kasih sayang mu'min tidak diukur dengan kerapnya bersua, bukan dengan hangatnya rindu, tidak dengan manisnya cinta, bukan kerana selalu bersama, tetapi dinilai sejauh mana nama sahabatnya meniti dibibirnya saat dia mendoakan kebaikan untuk dirinya."

Artikel Yang Berkaitan



3 comments:

syafiq haziq said...

dah jadi budak tua..
apa pula kata budak muda?

Fairosza said...

sapa plak budak muda?

syafiq haziq said...

adik2 enta.. :P

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber