PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Friday, November 26, 2010

AlWahy: The Muslim Social Media

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Sebelum ni, ramai kawan2 suruh register millatfacebook yang katanya nak menyaingi facebook yang ada dan juga sebagai protes penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W (jangan lupa selawat).

Korang pernah tak dengar AlWahy? Pada pendapat saya, AlWahy ni jauh lebih baik daripada millatfacebook sebab lebih banyak features berbanding millatfacebook. Mungkin juga lebih baik daripada Facebook tu sendiri.

Banyak ciri2 yang ada pada social media AlWahy ni. Boleh dikatakan laman ni semua dalam satu lah.
Kat situ ada search engine, ada laman sosial, ada email dan ada macam2 lagi. Ada juga link berita2 terkini dan semestinya berita global la.

Kalau register dekat AlWahy.com ni, korang boleh:
  • ->Tulis status macam yang korang selalu buat dekat Facebook tu. Boleh share feeling korang kat minah yang baru jumpa kat stesen bus hari tu. Dalam hati ada taman la katakan. 
  • ->Setup korang punya Tweetstream. Jadi, status yang korang tulis nanti boleh update dekat korang punya Tweeter profile. Senang kan? Tak payah tulis banyak2 tempat. Tak payah bukak banyak2 website. Bukan tu je, apa yang korang Tweetkan, keluar kat profile AlWahy korang jugak.
  • ->dapat email namakorang@alwahy.com . Huh smart jugak kan? Kalau orang minta email kat korang dengan gaya cool korang bagi "Nah email aku : akuhensem@alwahy.com" .
  • ->tulis blog. Macam blog ni la. Tapi lagi cool daripada blogspot sebab macam biasa la korang punya subdomain namablog.alwahy.com . Nampak sikit korang ni pengguna setia AlWahy sambil mempromosikan laman sosial Islamik ni. Blog dia menggunakan platform wordpress. Jadi boleh la buat blog yang nampak professional.
  • ->berforum. Erm, tak payah la terangkan lagi.
  • ->hantar SMS. Yup. Korang boleh hantar SMS guna AlWahy. Tapi sekarang ni macam ada problem sikit. Tak boleh nak hantar. Tak tahu la kenapa. -kecewa- .Kalau nak tau, dulu Twitter pun boleh guna untuk hantar SMS. Masa tu Twitter belum popular lagi. Sempat juga guna kat kolej dulu. Sekarang dah tak ada.
  • ->dan banyak lagi... :)
Macam2 ada sebenarnya dekat AlWahy ni. Banyak kalau nak tulis. Ni about page dia. Tak banyak pon dia cerita kat page tu.
Ha tunggu apa lagi, join la cepat. Klik gambar bawah ni.

AlWahy.com

Artikel Yang Berkaitan



2 comments:

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber