Lepas tu, sampai je tempat parking kat Low Yat, Fairosza nampak sebuah lagi kereta yang seakan kereta Toyota tadi, tapi logonya kali ni logo Honda pula. Tak sempat nak usha nama model kereta sebab takut terlambat nak scan thumbprint. Nanti tak pasal-pasal kena tolak gaji sebab usha kereta.
Lepas kerja baru sempat tengok kereta tu dari dekat, Insight namanya. Reka bentuknya memang lebih kurang je, kalau tengok sekali imbas memang serupa. Tambahan lagi, dua-dua tu kereta hybrid. Memang mula-mula tu tak perasan la perbezaannya. Cuba tengok gambar yang di search daripada google kat bawah ni. Perbezaan yang memang nampak ketara, lampu belakang. Apa diorang ni kongsi idea ke?
Toyota Prius |
Honda Insight |