PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Sunday, February 13, 2011

h4cKeR bY f4iZi : Blogger kena hack?

 Sejak kebelakangan ni, saya dah jarang blogwalking, baca blog-blog lain. Kalau ada pun, baca blog-blog yang ada kat bloglist Fairosza.net je sambil komen-komen.

Tadi, tiba-tiba teringat kat satu blog yang dulu selalu juga buka dan baca artikel-artikel dia. Banyak maklumat yang dikongsi blogger tersebut.

Blog yang dimaksudkan ialah www.aizbatucampur.com yang dimiliki oleh Ahmad Faiz bin Mohd Azmi. Budak ni memang sangat kreatif. Banyak tempahan flash banner yang dia buat dan memang lawa. Macam tak percaya yang dia belajar tu semua sendiri je. Fairosza dulu pun belajar guna Flash ada kelas formal.

Selain blog tu, dia ada juga selia blog-blog lain macam www.fcucommunity.net dengan www.fcuproduction.com. Semuanya dia customise design sendiri.
Antara scene dalam video Magical Boy
 Erm did I mention he is a good video director and editor as well? (ceh ngomong jowo lah pula). Banyak video-video menarik yang budak ni hasilkan (ya dia budak, kalau tak silap tahun ni baru 20 tahun). Walaupun dengan peralatan yang terhad, kualitinya boleh dikatakan setanding filem setelah diedit. Boleh tengok koleksi video tu kat sini.

Sebenarnya tu semua baru mukadimah, atau orang jawa panggil intro. Fairosza nak cerita masa buka aizbatucampur tadi, tengok-tengok keluar yang macam printscreen kat bawah ni.
Keluar macam ni lah. Kalau tak percaya bukak la. Tapi tak tahu lah sampai bila macam tu.
 Cuak juga tengok. Siap bagi warning lagi nak hack blog dia yang lain. Macam mana nak tingkatkan blog protection ek?
Harap-harap hacker yang bernama f4iZi ni tak serang Fairosza.net. Tolong ya hacker yang baik hati dan pandai hack, blog ni bukan apa-apa sangat pun. Tak payah la hack.

Artikel Yang Berkaitan



13 comments:

N@di@ said...

xpahm lah hahaha

Fairosza said...

N@di@:
Kalo nak senang pegi je www.aizbatucampur.com tu..tengok apa yg keluar

Mohammad Aiman said...

camne eh.
tak kan tu je blog die???

atau dia buat private, n sape2 dia tak invite,
just kuar screen camtuh?

hmm...

Mohammad Aiman said...

dah tengok video2 dia kat youtube :)

die ni videographer upenye..
huhu memang smart2 video die

Fairosza said...

Aiman:
dia ada juga blog lain yg fcucommunity dengan fcuproduction ..
kira blog yg aizbatucampur.com ni macam personal blog dia la.
tak tau la dia private kan ke apa.tp biasanya kalau privatekan keluar lain.tak macam tu.
kan..best kan video2 dia.

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

aiz mmg kreatif and inovatif!

Fairosza said...

Fifiey:
btol tu..camna lah nak kreatif camtu ek..

Solihin Zubir said...

bahaya btol kalau kena hack! mmg naya!

Sabahan Bloggers Club said...

Mungkin saja kot nak promote brand baru.
Google nama hacker tu, blog dia jer yg kena hack guna nama tu. ;)

iMemovaz said...

kalau menurut saya itu bukan kena hack, tapi cuma modifikasi script HTML di halaman blog dia untuk menaikkan traffic blog.. :D

Fairosza said...

Solihin:
haah kan.tak tau dah apa nak buat pastu.

SBC:
mungkin juga r..awal2 saya dah google nama tu.tapi kalau betul dia sendiri buat,memang hebat gak r budak aiz ni.=)

iMemovaz:
tapi kalau modify script je tak semestinya traffic akan naik.kena kreatif juga..hehe

Yanmie said...

Salam,

alahai sian aiz, minta di jauhkan huhuuhu...


www.yanmieonline.com

Fairosza said...

Yanmie:
waalaikumussalam.
amin...=)

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber