PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Tuesday, January 25, 2011

Pisang Goreng + Sambal Kicap

Sambal kicap dan Pisang goreng
Bersarapan pisang goreng memang sangat best. Lebih-lebih lagi kalau masih panas.Macam gambar kat atas ni. Terliur kan. Tapi ni bukan hidangan sarapan hari ni. Hari ahad punya, tapi nak tulis blog hari tu macam malas pulak. Pelik tengok ada orang lain boleh update hari-hari.

Kalau kat negeri Johor, pisang goreng biasanya dijamu dengan sambal kicap. Dulu Fairosza ingatkan memang semua tempat makan macam ni.
Sambal kicap: lagi pedas, lagi kawww!
Tapi ada sekali dulu masa pergi KL dengan kawan, beli pisang goreng yang ada jual kat tepi stesen LRT. Penjualnya bagi pisang goreng je. Saya tanyalah, "tak ada sambal kicap ke?". Boleh pula dia jawab, "sos adalah". Kejadah apa pula nak makan pisang goreng dengan sos. Haha. Lepas peristiwa tu baru tahu rupanya dekat tempat lain biasanya makan pisang goreng macam tu je.

Ada lagi satu peristiwa, masa tu dah tahu lah pasal pisang goreng dengan sambal kicap tu. Fairosza ada sertai program lepas SPM selama 3 bulan kat Uniten. Makanan semua disediakan. Ada sekali tu, hidangannya sup soto. Mestilah ada sambal kicap sekali. Lepas tu saya saja nak uji sorang kawan dari Kelantan, "tau apa nama yang warna hitam ni?". Dia jawab, "KICAP BERLADA". Haha, masuk akal juga. Tapi memang lawak la dengar.
Mak yang masak. Sedap giler.

Artikel Yang Berkaitan



10 comments:

Solihin Zubir said...

kat kedah pon ada setengah yg buat camni.. tp tak ramai yg suka makan pisang goreng ngan smbal kicap tu..
aku pon lebih suka mkn gorpis tanpa cicah apa2.. hehhe..
kena plak masa tgh panas.. pergh!

Fairosza said...

Solihin:
owh..tapi kurang uumph la kalo takde sambal kicap.
oh shortform nye gorpis ek?hehe cute giler nama makanan

ANYS AMYRA said...

sama laa.ingatkan semua tempat jual goreng pisang ada sambal kicap,tp bila dah belajar kat negeri sembilan ni baru tau diorang bagi sos je.borak dgn kawan2 lama kat johor pun,diorang pun cakap benda yg sama.

Fairosza said...

Anys Amyra:
hehe..pengalaman yang menarik ek anys bila pergi tempat lain tak jumpa sambal kicap masa makan pisang goreng.:)

Hamba Ilahi said...

tak pelik pun boleh tulis blog hari-hari..
just enjoy it.

Hamba Ilahi said...

tak pelik pun boleh tulis blog hari-hari..kamu pun boleh.
just enjoy it.

DeCrewz said...

Goreng pisang panas2 menarik ni beb.. Kat bandar nak goreng pisang sedap taktau katne.. Nak goreng sendiri lagi x sedap... Masakan mak jugak yang sedap kan..

Fairosza said...

Hamba Ilahi:
ye ke?
tq2..

DeCrewz:
tau tak pe..masakan mak memang terbaik..hehe

Zikri Husaini said...

lamatak layan pisang gorang + sambal kicap.. = syahdu di petang hari...

Fairosza said...

Zikri:
kalau petang pastu time hujan2 lagi masyuk kan...hehe

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber