PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Monday, April 25, 2011

Berjumpa Blogger Hafiz Hafizol dan Cahaya Cinta Illahi

Panjangnya tajuk. Tapi entri nak buat pendek je.

Tadi saya dapat berjumpa Hafiz Hafizol aka Pjoe dan Cahaya Cinta Illahi aka Cik Naz di Berjaya Times Square. Pjoe bagitahu last minute jadi susah sikit nak jumpa sebenarnya sebab tengah bekerja. Tapi dapat jumpa kejap. Kira ok la juga. Tu pun lepas dia paksa dengan pujuk rayunya. Hehe

Sebenarnya nak tulis panjang sikit lagi, tapi sekarang ni kat CC. Waktu online pun dah nak tamat.

(yang bawah ni diupdate sikit sebab malam tadi tak sempat sebab dah habis masa kat cc tu)

CCI: air yang ada biji-biji pearl dalamnya tu kat mana???? (cuba korang teka air apa?)hahaha...

Ditawarkan Pelacur

Ok pengalaman kali ni mungkin jarang sekali berlaku pada korang yang baca entri ni. Kalau ada juga boleh share dibahagian komen. Huhu.

Pengalaman ditawarkan pelacur bukan Fairosza dapat sekali dua. Dah banyak kali dah.Dekat mana? Di sebuah jalan di ibu kota metropolitan yang menjadi laluan ramai jenis manusia. Melayu, Cina India semestinya ada. Tambahan lagi ada pak arab, mat saleh, negro mahupun indo.

Kawasan tersebut bukanlah kawasan tertutup. Tapi boleh dikatakan setiap kali Fairosza melalui jalan itu selepas habis kerja untuk pulang ke hostel company, akan ada bapa ayam yang cuba mendekati sambil membisikkan "Amoi, amoi. Melayu ada, Cina ada, Vietnam......". Ya, kaedah promosi mereka juga secara terbuka kepada orang awam yang lalu.

Tapi saya rasa mereka sedikit kurang ajar kerana tanpa mengira siapa mereka cuba mempromosikan 'produk mereka' termasuk kepada orang Islam. Bukan susah pun nak cam muka-muka jawa ni, tapi mereka dengan selamba mempelawa kita. Tindakan ni secara tak langsung dapat merosakkan umat Islam tu walaupun keputusan terakhir terletak pada individu tu sendiri. Namun, jika tidak ditawarkan, mana mungkin orang boleh terfikir untuk terlibat.Ye tak?. Paling sedih, pelacur MELAYU juga ada disebutkan.

Cuba bayangkan remaja muda-mudi yang tak terfikir pun untuk melakukan perbuatan yang dimurkai Allah ni tiba-tiba terlupa membezakan mana baik mana buruk apabila dioffer sebegini. Dengan mudahnya anak bangsa kita dapat dihancurkan.

Bukan susah untuk pihak berkuasa seperti DBKL mahupun polis mengesan mereka. Cuma lalu je jalan tu dengan berpakaian biasa, pasti akan ada yang mendekati. Namun persoalannya kenapa aktiviti ini dijalankan tanpa rasa takut. Padahal IPK Kuala Lumpur dekat je. Kegiatan ini jelas bertentangan dengan undang-undang negara.

Kalau ada mana-mana pihak berkuasa yang membaca penulisan ini (ada ke?), mahupun sesiapa yang kenal dengan pihak-pihak tersebut, harap dapat usahakan satu operasi membersihkan negara ini daripada perkara sebegini. Perkara ini merupakan masa depan negara kita, bangsa kita, umat kita. Gejala ini juga terbukti membawa banyak kesan yang sangat negatif terhadap sistem sosial kemanusiaan.


*tempat secara spesifik adalah dirahsiakan takut-takut ada pula yang ke situ untuk 'mencari pengalaman ditawarkan pelacur'

Saturday, April 23, 2011

Menipu Bukanlah Buat Sale

Disebabkan sibuk bekerja, blog ini jadi jarang diupdate dan komen-komen juga jarang direply. Tapi harap-harap Fairosza dapat terus menulis dan berkongsi dengan korang.

Berniaga memang nak cari keuntungan. Berniaga cara Islam juga bertujuan memperoleh keuntungan. Namun bukan keuntungan dunia semata-mata. Islam menerapkan nilai-nilai dan akhlak yang dapat memberi keuntungan kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan perniagaan tersebut.

"Kita pusing la ayat sikit, baru lah boleh buat sales"
"Aku jual USB Dongle(yang sepatutnya menjadi free gift untuk customer) ni side income maa, kalau harapkan gaji hujung bulan bila nak kaya"
"Ala cakap je dia tak dapat Beg Laptop tu kalau tak beli dengan harga yang dah dimahalkan tu"

Atas ni merupakan antara ayat-ayat daripada kawan-kawan kat tempat kerja sekarang ni. Customer yang terpegun dengan pembelitan ayat yang cukup meyakinkan pun membeli tanpa rasa ragu-ragu.

"Ni la namanya buat sale maaa~", kata seorang staf yang lama sikit dengan berlagaknya. OK, staf yang ini bukan Islam.

Tak dapat dinafikan, staf Islam mahupun bukan, bila dah fikirkan mahu untung sendiri dengan cepat, pelbagai cara digunakan walaupun perbuatan tersebut menindas pihak lain. Biarlah kita untung sedikit demi sedikit, asalkan rezeki yang kita peroleh itu diberkati Allah. Harta yang kita dapat tu pun tak akan kekal. Ingatlah segala rezeki itu datangnya daripada Allah yang dipinjamkan kepada kita.

Setakat ini, Fairosza tak pernah merasa tidak cukup dengan apa yang diterima. Malah, boleh meminjamkan wang kepada rakan yang kesempitan lagi dan dapat juga hulur-hulur sikit-sikit. Tapi sebelum ni ada pengalaman kawan pinjam duit tak bayar dan tak dapat dikesan. Jadi saya sekarang lebih berhati-hati.

Tips untuk pembaca Fairosza.net, kalau ingin memberi barangan komputer di Low Yat, belilah di Hypermarket yang besar-besar. Company tempat Fairosza juga mempunyai Hypermarket IT di tingkat 4, tapi Fairosza sekarang kerja di branch yang kecil sedikit yang terletak di tingkat G. Cara penjualan di kedua-dua tempat ini agak berbeza walaupun dibawah company yang sama. Antara hypermarket tersebut ialah Thunder Match Tehnology (4th Floor, company Fairosza), All IT (3rd Floor), The Hub/View Net (3rd Floor) dan Sri Computer (2nd Floor). Insyaallah barang-barang di situ murah sedikit berbanding cawangan-cawangan kecil mereka di tingkat lain.

Lagi satu tips penting, kalau ingat selalulah amalkan tasbih Subhanallahi wabihamdih, Subhanallahil 'azim waktu pagi-pagi tu sebelum memulakan aktiviti harian.

*Bercakap dengan penuh keyakinan tak semestinya kena menipu.

Saturday, April 16, 2011

Homesick

Siapa yang homesick? Apa tu homesick? Budak yang tak boleh duduk jauh-jauh dengan family tu biasanya homesick. Fairosza masa sekolah menengah dah 5 tahun duduk asrama. Jarang homesick masa tu. Bagus kan. Bocah cilik wes hidup dewek (faham tak?). Alah, memang la tak homesick, bila-bila je mak boleh datang sebab asrama tu dekat la juga dengan rumah. Setiap kali mak pergi bandar, boleh je nak singgah bawak makanan ke apa-apa ke.

Tapi bila masuk kolej, lagi-lagi Kolej Yayasan UEM yang kat lembah sunyi tu (Lembah Beringin), baru Fairosza tau macam mana rasanya homesick. Ye lah, kalau ada apa-apa perkara nak kena balik, memang susah. Nak keluar dari kolej tu bukan main susah. Memang kena berhabis duit la kalau nak balik rumah. Kalau masa PMR dengan SPM dulu, mak bole datang masa hari pertama untuk datang bagi semangat, tapi masa A Level, jangankan masa hari pertama periksa, masa hari terakhir kat kolej waktu Graduation Day pun, cuma pakcik sedara yang datang jemput.

Kali ni, kerja dekat Kuala Lumpur, mestilah kena jauh lagi dengan emak. Rasalah juga homesick tu. Bukan sebab susah nak balik sebab transport, tapi sebab susah nak dapat kerja (kau nak kerja ke nak cuti). Jadi, nak balik susah, nak update blog pun susah (ada kaitan ke?).

Jadi, sebab tu universiti pilihan dalam UPU tu semua minta yang dalam negeri Johor. UTM dengan UTHM. Kalau ada apa-apa, bas untuk ke Kluang dari JB dengan Batu Pahat memang banyak. Tapi ada satu pilihan universiti juga yang jauh. UIA. Pilihan terakhir. Harap-harap dapat tawaran yang terbaik untuk diri ni.

Entri ni pun ditaip dekat CC je. Lepas ni dah nak kena masuk kerja. Ada sesiapa bole tolong updatekan blog tak? =) . Memang busy.

*Homesick jugak bila dah lama tak dapat borak-borak dengan kawan-kawan blogger. Sesiapa yang free tu datang-datang la melawat Fairosza kat Low Yat ni. Huhu

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber