PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Sunday, September 14, 2008

Dia Anak Johor (specially created for Dato' Onn)

Apakah yang dia cari
Dari Pelosok desa ke Kota London
Ilmu ditimba dari umur tujuh tahun
Sanggup meredah seluas jeladeri
Membela maruah bangsa yang tinggi

Di Johor Bahru tanah keramat
Lahirnya beliau membawa azimat
Aksara diamati satu persatu
M.E.L.A.Y.U.
Itulah bangsamu

Tanpanya...
Manakan lahir UMNO
Parti Melayu tertua

Tanpanya...
Akan tergadai kata-kata Hang Tuah
Takkan Melayu hilang di dunia

Pelbagai kerjaya telah diceburi
Daripada kerani kepada leftenan
Daripada wartawan kepada pemimpin Melayu

Kini...
Seluruh rakyat harus bangga
Kerana mempunyai pemimpin istimewa
Pemimpin ulung bangsa gemilang
Negeri Johor mulanya perjuangan

Artikel Yang Berkaitan



1 comment:

Syukri Sapuan said...

aku juga anak johor..
ko create la satu lagi sajak utk aku..

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber