PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Monday, October 20, 2008

lingua franca Malaysia

Detik ini tiba2 terasa ingin menulis dalam bahasa ibundaku mungkin kerana Fairosza kurang sedih walau tidak berapa gembira dengan keputusan peperiksaan akhir semester yg baru diterima. Bersyukur dan reda dengan keputusan tersebut dan menjadi motivasi pada masa akan datang.

Pada awal 2003, ketika menerima tawaran untuk masuk ke sbp suatu ketika dulu,fairosza berasa sangat gembira kerana 2 sebab utama. Pertama sekolah tersebut terletak sedaerah dengan rumahku dan kedua institusi tersebut merupakan sebuah sekolah yg u nggul di negeri Johor. Namun kini,kendati fairosza ditempatkan di sebuah kolej yg masyhur di Malaysia,namun hatiku tak segirang dahulu kerana jaraknya hampir separuh hari perjalanan menaiki kereta dalam kurang lebih 8jam.namun apa yg menariknya ramai rakan dpd pelbagai ne geri dpt dikenali dan banyak bende baru dpt dipelajari terutamanya bahasa atau loghat negeri.terkadang kala fairosza rasa sedikit cemburu kerana bagi mereka negeriku tidak mempunyai loghat.Namun, sepatutnya warga Johor patut berbangga kerana ba hasa negeri kita merupakan bahasa perbualan dan perantaraan antara penduduk yg berbeza negeri yg juga boleh dikatakan lingua franca bg Malaysia.Tetapi,dlm tidak kita sedari,masih ada lagi perkataan2 yg disimpan sebagai 'bahasa org Johor' yg menjadi hak eksklusif warga Johor dan Fairosza menyedari keunikan ini setelah beberapa bulan berada di kolej nan permai ini apabila melihat rakan2 dari negeri lain tercengang apabila Fairosza mengungkapkan bait kalimah tersebut.

Antara perkataan yg dikatakan 'bahasa org Johor':-
  • rewang - gotong-royong yg dilakukan terutama sekali ketika walimatul urus
  • kendarat - kumpulan yg menguruskan perihal melayan tetamu dan memasak ketika majlis bersanding
  • lincah - laju,pantas
  • jajan - snek,makanan ringan.tapi penggunaan perkataan ni dah mula meluas ke Selangor dsb mungkin kerana perkahwinan antara org Johor dgn penduduk negeri lain
  • saing - seiring,bersama-sama. Dulu ingatkan org negeri lain faham perkataan ni tapi rupanya ketika mula2 mendaftar di kyuem, ramai yg tidak faham bila Fairosza mengajak mereka agar saing jika hendak ke satu2 tempat.
  • air jarang - air masak,air putih
  • gerek - mcm hebat atau gempak la kiranya.Penduduk pulau Temasik juga menggunakan perkataan ini. Tidak tahu bila wujudnya dan asal penggunaan perkataan ini kerana tahu2 je rakan2 disekolah sering menyebutnya.jangan kerek sudah!
  • gerobok - almari
  • gebor - selimut
dan mungkin ada beberapa lagi yang tidak disenaraikan di sini. Jikalau ada yg tertinggal bolehlah harapnya ditambah melalui refleksimu (ruangan komen) agar dapat dikongsi bersama-sama.

"You need a brother, without one you're like a person rushing to battle without a weapon"
-arabic proverb-

Artikel Yang Berkaitan



2 comments:

Imm Munabir said...

salam....ini kali pertama saya menziarahi blog ini....
semuanya kerana Fairosza yang meminta agar saya melawat blognya.
sebagai anak kepada ibu bapa yang berasal dari Johor...saya agar tidak berapa setuju dengan beberapa perkataan yang fairosza sifatkan sebagai 'bahasa org Johor'
antaranya:
gerek: jika tidak salah saya...perkataan ini berasal dari Singapura....(maafkan saya jika saya tersilap)
dan kedua, saing: selaku pelajar yang pernah menuntut di salah sebuah sekolah di Kelantan (saya menetap di Terengganu)...saing merupakan perkataan lain utk sahabat, kawan dan yang seumpama dengannya....dan kadang kala..perkataan ini turut digunakan utk 'bersama-sama' dan oleh itu ingin saya katakan....ini bukan 'bahasa org Johor' sahaja...
p/s: ini hanya pendapat saya sebagai seorang yang mengetahui beberapa longa/dialek di Malaysia ini.....

Rahmah said...

salam fairosza,
ur blog is great!! m still learning..not so IT savvy. good to know ur doing well. congrats in ur SPM. i sure miss u all and wonder where zariq is now. he has prob forgotten his old english teacher eh? will never forget u all. keep in touch stay safe!!

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber