Entri ini merupakan kesinambungan daripada entri bertajuk
Menulis Artikel Berkualiti dan Bermanfaat.
Saya mula menulis blog di saat blog di Malaysia belum menjadi medium sosial maya yang popular seperti sekarang. Di waktu tak ramai remaja Malaysia mempunyai blog. Ketika kita menulis blog untuk berkongsi dan kadang-kadang untuk syok sendiri =). Tapi mujur saat tu dunia blog di negara jiran Indonesia sudah rancak sepertimana yang berlaku di Malaysia hari ini. Fairosza dapat beberapa kenalan dan saling bertukar fikiran sesama blogger. Kadang-kadang tulis entri pon, blogger seberang yang banyak komen. Kini suhu blogging di negara tersebut sudah kembali dingin namun Fairosza masih berhubung dengan mereka melalui
Facebook.
Jika saya yang cuma beberapa tahun menulis blog ni pun dah terasa macam tak tahu lagi nak tulis apa dan kadang-kadang rasa dah tua bila ada muncul banyak blog yang baru, apatah lagi blogger otai
Ariff Shah ni. Kalau saya pangkat uncle, beliau ni mungkin Atuk kot =P.
Siapa tak kenal Ariff Shah ni? Blogger mesti kenal kan. Tapi saya yakin blogger-blogger baru ramai juga yang tak kenal berbanding Ben Ashaari sebab bagi saya beliau menulis dengan gaya profesional manakala Ben pula lebih kepada sosial. Walau bagaimanapun, mutu penulisan Ariff sangat-sangat berkualiti dan inilah contoh penulisan bermanfaat yang saya utarakan (selatankan boleh?) dalam
entri sebelum ni.
Walaupun saya tak selalu komen di blognya (sebab banyak sangat komen), info-info yang ditulis ada kalanya yang memang jarang kita jumpai, jarang dapat baca kat tempat lain. Tapi jujurnya, bosan jugak kadang-kadang baca fakta je. Kalau bosan boleh baca
pengalaman dia dekat Rusia tu. Macam-macam maklumat ada dalam blog tu. Pasal
blogging, pasal contest, pasal
life kat Rusia, pasal
buat duit semua ada.
Baru-baru ni beliau ada join
contest famous blogger. Menang tempat kedua lagi. Tahniah la ye. Sesiapa yang subscribe emel commentluv mesti dapat emel senarai pemenang tu kan =).
Sebenarnya ada beberapa lagi blogger yang mempunyai penulisan yang berkualiti seperti
Izwan Yusuf,
Lenggang Kangkung, Fairosza, Fairosza, Fairosza dan Fairosza..lalala~