Fairosza rasa sakit hati sangat dengan sorang blogger yang bajet hebat ni. Siapa lagi kalau bukan Hafiz Hafizol the Gedix. Bukannya apa, boleh pula dia tipu saya hidup-hidup. Dia kata kalau nak jumpa tunggu kalau dia dah kerja time cuti semester ni. Nanti dah ada duit baru boleh keluar jalan-jalan sama-sama. Tapi tiba-tiba dia buat keputusan balik kampung juga akhirnya. Saya punyalah menanti dengan penuh harapan sebab saya teringin nak berjalan di KL ni tapi tak ada kawan meneman. Asyik jalan sorang-sorang je, bosan tauk.
Aku benci, benci pada dirimu. Aku bosan, bosan pada dirimu. Aku sudah tidak percaya padamu lagi.... Eh ternyanyi dangdut pula.
Dah la Fairosza tengah demam sekarang ni. Biasalah, cuaca dah tak menentu sekarang ni. Kejap panas, kejap hujan. Siapa suruh kita cemarkan alam ni! (dah masuk topik lain daa~) Berbalik pada mamat gedik ni. Dah la gedik, lepas tu suka-suki je cakap orang lain gedik. Tau la dah semakin popular sekarang. Mula la lupa diri. Kalau setakat lupa diri je tak apa juga, ni dengan kawan-kawan sekali dia lupakan. Tak apalah, nak buat macam mana, Fairosza ni bukannya artis pun nak ada ramai kawan ( =( sob3). Tapi memang tak sangka dia sanggup menipu. Buat penat je jadi pengkomen terbanyak kat blog dia. Jumlah komen tu hampir dua kali ganda banyaknya daripada pengkomen terbanyak kedua di blog dia.
Ce tengok siapa juara carta. |
ni print screen yg kat blog dia. |
Akhir sekali, Fairosza cuba menulis contoh entri ni dengan ejaan yang tak formal seperti gilew, ase, dan seumpamanya, tapi rasa macam nak termuntah pula sebab biasanya entri-entri emosi sebegini, perkataan-perkataan yang digunakan memang menjolok anak tekak. Ni akhir sekali yang kedua pula, kalau kita tulis update aktiviti terbaru kita kat blog pun ok juga. Dapat juga kawan-kawan tau perkembangan kita, aktiviti terkini kita. Macam artis lah pulak kan. Lingkup la Melodi lepas ni. =P
*Contoh entri ni macam ada berbaur ke-Gay-an je....euwwww
18 comments:
HAHA...padan muka ko...
aik?
ni siyez ke men2? mmmm
boleh menyebabkan pergaduhan kalau tulis entry macam tu..bahaya..
fareez:
ni lagi satu kawan tak guna...sob3....hahaha
nazirah:
contoh je la....ada la siket2 siyez...hehe
hana:
kan..nanti mesti perang entri kat blog pulak dah...
Ngengada ko Fai.. Malas kawan ngan ko lagik. Cukup sampai di sini.. Aku bosan dengan cintamu aku rasa buang masa #erk.. ( sory terkomen lucah plak )
Fai : sila balas msj aku.. ngeh3..
HH:
tak mungkin ku percaya, kata2 yg penuh dusta,hanyalah bibir berkata..
tak pasal2 terjebak nyanyi lagu bengang plak..dah la org tgh sedih,blh plak taknak kawan.ok fine aku reply nt mesej tu....
ahaha... tajuk gempak cam bergaduh.... ayat cam #gedix pulak... sekali rupanya contoh je... #sabarjela
Hanim Mahali:
erk gedik ke?alamak dah terjangkit virus G3 D1 K ni plak.....
hahaa. .HH mang gedix pun.!! lalalalaa
erk , setuju dgn kegedikan itu . .
sekian.!
oo..gimik semata-mata
Mahirah Azemi:
kan...dah cakap da...muahaha..habis la kamu wahai HH
Farierahasanz:
kegedikan apa?HH kan...=P
Rafi:
erk....lebih kurang r kot.
terbaikkk la.. ingatkan marah betul2 kt hafiz.. ahahahahaha~ ^_^
HH gedik sikit2.. hahahaha tp dye dah xkenal org kampung..! =.=
Nusana Nosa 19:
err memang marah betul pon...lalala~
Eyda Syahida:
bukan gedik banyak ke...huhu
woa!ade entri contoh plak..ni jeles ni..nak jadi pelakon utama entri gak.. :)
2019, search nama kat blog terjumpa entry nie haha. Lama rupanya dah 8 tahun berlalu .Lama tak dengar khabar Fai. Sihat ke?
Post a Comment