PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Saturday, April 9, 2011

Rakyat Malaysia Sangat Fasih Bahasa Inggeris

Malaysia diiktiraf sebagai salah sebuah 10 negara yang paling fasih menggunakan bahasa Inggeris dalam kalangan negara-negara yang bukan bahasa rasmi dan ibundanya bahasa Inggeris. Kajian telah dibuat oleh Education First (EF) terhadap beberapa buah negara termasuk dari Eropah dan Amerika Latin. EF tu apa? Boleh baca di sini. Malaysia berada di kedudukan ke-9 antara 44 buah negara dan lebih membanggakan apa bila negara ini berada di tempat teratas dalam kalangan negara Asia apatah lagi Asia Tenggara.
Malaysia dikategorikan sebagai High Proficiency dengan mata 55.54. South Korea pula mendapat 54.19 dan dikelaskan sebagai Moderate Proficiency (eh kenapa cerita pasal Korea pulak tiba-tiba ni...huhu).
Singapura tiada
dalam senarai kerana mungkin negara tersebut termasuk dalam native English country. Walaupun pengiktirafan ini boleh dikatakan membanggakan, tapi Fairosza takde la bagus sangat speaking English. Ngomong Jowo pon hancur. Cuma kira boleh la berkomunikasi dengan pelanggan-pelanggan asing masa kerja di Lowyat tahun lepas (minggu depan ni akan kerja di sana semula..huhu).

Ada yang berpendapat pengiktirafan ini merupakan sebahagian hasil program PPSMI. Sebagai kumpulan pelajar pertama yang mengambil PPSMI, saya mengakui sedikit sebanyak program tersebut membantu meningkatkan perbendaharaan kata (vocabulary ..pendek je dalam BI) yang digunakan untuk mata pelajaran Bahasa Inggeris. Namun, kerajaan sedang memansuhkan program tersebut dan mungkin ada baik dan buruknya tindakan tersebut. Tapi, elok juga jika pelajar diberi pilihan untuk belajar dalam bahasa Inggeris ataupun Melayu seperti cadangan beberapa persatuan-persatuan ibu bapa.

*Untuk senarai penuh, boleh lihat di sini.

Artikel Yang Berkaitan



16 comments:

RevVING NOTES said...

Yeahhh! =)

forever love said...

fuyooo.. ptt la budak2 sekarang dah lupa bahasa malaysia da.. kesian betul...

nelly said...

wah ..yeke ni ?

Rafi Nilhan said...

aku cakap bi ikut sedap jek.. bm pon ikut sedap janji orang paham..
err.. ko paham kan apa ku bagitau ni?
aa.. SPM aku tak ikut sedap ok..

srikandi cinta said...

wahh, bangga sekejap :)

Fairosza said...

RevVING NOTES:
Yeahhh! jugak...=)

forever love:
uhuk2...nasib baik saya dan kawan2 tak lupa pon..

nelly:
betul3

Rafi:
huhu saya paham..kalau klaka sarawak tuh aku sik paham...hehe

Fairosza said...

srikandi cinta:
we should be =)

Faaizz d. Zul said...

nais fact.
bak kata usop wilcha :
"Teman doh kabo, English Education tu penting kome tak nok dengor."

hafiz hafizol said...

aku rasa aku paling lemah BI nie.. Lalalala

Fairosza said...

Faaizz d.Zul:
tu dia..usop wilca jugak yang di quote..huhu

HH:
alah..ye ye jek..

farhanieza said...

haishh.. terasa lah pulak.. sbb since kecik parents terapkan bahasa inggeris kan.. tu yang bM i cacar merbah.. *huhu.. betul ke eja tu*

singapore xde? maybe bcz they speak singlish kott...?

Fairosza said...

farhanieza:
waaa...minah saleh la kiranya ni..huhu

hana said...

huiyoo...
pasni sume sibuk nak speaking english la...
hahah...kecian bahasa malaysia..haha

Fairosza said...

hana:
nape nak kesian kat bahasa malaysia? tak payah tau pon takpe. yg penting bahasa melayu ramai tau..huhu

Solihin Zubir said...

aku tergolong drp 44.46 peratus.. sbb aku x fasih BI.. heheh..

Fairosza said...

Solihin:
ceh..ye la tu..huhu

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber