Sedikit sebanyak cerita-cerita tu dapat memberikan gambaran kepada generasi masa kini. Tentang santunnya adab, sopannya budaya bangsa Melayu. Apa nama yang selalu digunakan untuk wanita zaman tu yang macam selalu kita tengok? Biasanya orang-orang kebanyakan gunakan nama bunga-bungaan mahupun tumbuhan-tumbuhan semula jadi seperti buah-buahan.
Contohnya, dalam drama Sakti Delima tadi, ada nama Anggerik, Tanjung dengan Melor (Melur) untuk tiga beradik yang jadi watak utama. Selain tu ada juga nama klasik seperti Mawar, Teratai, Kenanga, Cempaka dan banyak lagi.
Cuba bayangkan, kita dinamakan dengan nama-nama klasik macam tu. Memang ada lagi yang bernama sedemikian, tapi jumlahnya sangat sikit. Setuju?
Cuba bayangkan pula, anak-anak kita nanti, kita namakan nama-nama Melayu klasik. Ye lah, dah kita tak dapat pakai nama tu, kita bagi kat anak kita. Hehe.
Sekarang ni pun sebenarnya orang dah mula guna nama-nama bunga/tumbuhan. Bukan untuk orang je, untuk bangunan pun guna nama bunga. Tapi tak bunyi klasik pun. Makin bunyi terlebih moden ada lah. Sebab apa? Sebab nama yang digunakan tu merupakan nama yang jarang dengar dan kadang-kadang guna bahasa Inggeris ataupun nama saintifik.
Tak percaya. Tengok bawah ni, antaranya:
Rose (Nama mak saya Rosnah, panggil Ros, sekarang orang eja Rose)
Ixora
Alamanda
Jasmine
Lily
Dahlia
Akasia
Cherry (ambik kau nama buah pun ada)
Strawberry (ada seorang staff kat tempat kerja dulu nama ni)
Bunga Citra Lestari bukan tau. =P.
Ada tak kawan korang nama macam ni? Lepas ni mungkin ada orang nama Hibiscus ke, Bougainvillea ke, Tulip ke, Heliconia ke, Lavender ke dan apa jua jenis bunga yang ada kat dunia ni. Hehe
*Ada tak orang nama Taik Ayam ataupun Harum Sundal Malam?
11 comments:
salam, hehehe..nama bunga ok tapi bila kat bumi mahsyar nanti bagaimana? Bukan ke dipanggil dengan nama sendiri yg mempunyai maksud yg baik?
wallahualam =)
raudhah:
waalaikumussalam.
erk,nama bunga tak baik ke?
salam..
agak2 kalau dipanggil bunga-bunga cinta ok tak?
panjang tol bunyi nye..
Bunga Bunga Cinta binti Fairosza~
^__^
Aiman:
waalaikumussalam.
haha apa2 lah aiman ni.nama tu sgt lah pelik.
pegi tak tengok MZ weekend ni?nt update la ek..hehe
haha.. bukan stakat pergi, malah jadik AJK ^__^
(tapi byk keje kena handle. haha)
Aiman:
huhu jelesnye dgn aiman ni..banyak keje tu jgn lupa snap2 gmbr..tak dpt pegi dpt tngok gmbr je pon jadila..hehe
haahaaha.. bunga taik ayam x leh blah....
sah2 lah aku suke nama bunga nie, chempaka... tapi nama dalam blog je..hhuhuhu... pastu kebetulan, my mom letak nama pena dia sri pagi.. best kan???
fact, chempaka pernah jadi bunga utk dicalonkan sbg bunga kebangsaa... nak lawan bunga raya kot... huhuhu
cerita terbaru chempaka: PART 1 : Kerana Cinta itu Tidak Buta
Chempaka:
hehe.
nama chempaka pon memang popular. siap ada sekolah nama cempaka lagi. :)
wah,mak pun guna nama bunga.mesti berseri2 tiap pagi kan.lol
hii.. nama sy sendiri sempena nama bunga - Jasmeen .. cume spelling je bertukar ckit.. hhuhu.. agak bangga gak la bile nama kite ni nama bunga.. hehee.
jasmine dlm bahsa melayu ialah melur dan melati ..
cheers ~~
M.Jasmeen:
Hi jasmeen..tak sangka ramai juga rupanya orang nama bunga..
Nama saya Cempaka Sari , adik saya Mawar Ku Mastika . Nama anak buah saya orkid
Post a Comment