PORTAL APIS

apisbp.net
Website Mesti Lawat

Friday, December 18, 2009

Jutawan Tika Diumurku

Assalamualaikum..
Alhamdulillah, akhirnya Cabaran Master Kamiblogger tiba ke level yang terakhir iaitu Level 4.
Esok(Jumaat) nak bertolak ke KL. Ada meeting penting hari Sabtu pagi(cewah..cam businessman plak). Jadi kene siapkan artikel ni awal. Ala tak dapat nak bersiar-siar di blog orang sambil promote artikel ni. Takpe hari Ahad nanti promote puas-puas)..Apa-apa pon, jangan lupa komen ya!
Ok terus ke point utama(sebenarnye ada lagi nak cerita pasal contest ni tapi lain kali je lah).


Pernahkah korang bayangkan dalam usia 20an,korang dah memiliki pendapatan yang stabil. Bukan je stabil, tapi sangat-sangat stabil dan lebih daripada yang diperlukan. (alahai,rasanya macam dull, lame, typical giler la opening artikel ni~~)

Kali ni, Fairosza.net dengan bangganya ingin menceritakan kisah mengenai jutawan-jutawan muda yang incomenya datang daripada internet. Tapi ini bukan cerita mengenai skim orang-sponsor-aku > aku-sponsor-kau > kau-sponsor-orang ; atau dalam bahasa mudahnya MLM (multilevel marketing la- haha saje je peningkan kepala dengan ayat pelik2). Bukan juga mengenai penjual tudung yang hanya menjual di hadapan lap top sambil makan keropok lekor. Malahan, bukan juga pemilik gedung maya yang menjual pelbagai jenis buku untuk dibaca.

Fairosza si penulis ni sekarang berumur 19 tahun. Mustahilkah manusia dalam lingkungan umur ini menjadi jutawan. Mari kita terjah!(erk takde copyright kan tagline ni..hehe)



1. Larry Page & Sergey Brin
Korang kenal tak 2 orang makhluk kat atas ni? Diorang ni la founder bagi google. Ala yang orang selalu panggil uncle google tu~.Google telah dicipta pada bulan September 1998. Masa tu, umur diorang baru 24 tahun. Kekayaan diorang dianggarkan 18.5 billion dolar setiap sorang. Giler ah. Mungkin masa umur ni Fairosza baru graduate kot. (ok trus ke no 2.Takut nanti panjang sangat pulak kalo dah mula bebel-bebel ni)


2. Mark Zuckerberg
Mamat ni mencipta facebook masa 19 tahun dan masa ni masih belajar kat universiti. Masa mula dilancarkan untuk umum, Facebook jadi laman sosial kedua popular selepas Myspace, meninggalkan laman-laman yang lain. Pendapatan tahunan-$700 million


3. Chad Hurley & Stev Chen
Diorang ni pulak buat youtube. Eh bukan..bukan U-tube. Itu tube yang diguna kat lab untuk experimen.
Youtube mula dilancarkan 11 Februari 2005 masa diorang berumur 28 dan 27 tahun. Eh ni tarikh lahir seseorang yang ku kenal..hehe. Sekarang pendapatan tahunan youtube sebanyak $60 million. Sekarang ni, youtube ni dah dok bawah google.

4. Jerry Yang & David Filo
Duo ni ialah founder Yahoo!. Seronok je bunyinye kan. Lagi sekali kawan2..Yahoo!
Sorang umur 26 dan sorang lagi umurnya 28 masa Yahoo mula dilancarkan. Kekayaan diorang dianggarkan $2.2 billion setiap sorang. Sebelum ni, ada ura-ura(bukan kura-kura) mengatakan syarikat gergasi Microsoft ingin membeli Yahoo namun akhirnya kerjasama tersebut tidak diteruskan dan sehingga kini tiada lagi kedengaran bunyi ura-ura itu.


5. Matt Mullenweg

Ha siapa yang blog dia guna wordpress. Mamat ni la yang mengasaskan benda alah tu masa berumur 19 tahun pada tarikh 21 November 2005. Keuntungan tahunan diperoleh daripada wordpress kini ialah $50 million. Kepada pengguna blogger, korang jangan sedih kerana tak tersenarai ok. Blogger sekarang pon dah dok bawah google jugak.


6. Kevin Rose
Encik Rose (eh betul ke?) ialah pengasas Digg. Tak tau apa itu Digg? klik link ni dan baca.
Masa Digg diasaskan iaitu pada Disember 2004, Encik Rose baru berumur 27 tahun. Sekarang Kekayaan beliau dianggarkan berjumlah $50 million. Owh, sesiapa yang tak pernah buka laman Digg, boleh klik ini.


7. Tom Anderson
Tom mengasaskan Myspace masa umurnya 23 tahun pada Februari 2004. Pendapatan tahunan Myspace $850 million dan anggaran kekayaan Tom $100 million. Ok tak tau nak komen banyak-banyak sebab Fairosza tak pernah ada akaun myspace.


8. Pierre Omidyar
Yang ini bukan adik beradik si pelakon Pierre Andre anak Kathijah Tan tu. Dia pengasas eBay masa 3 September 1995 dan berusia 28 tahun. Kekayaan dia dianggarkan $8.8 billion. Nak jual atau beli barang? Owh, eBay juga ada yang special untuk Malaysian di sini.


9. Blake Ross
Blake Ross merupakan pengasas Mozilla pada 15 Julai 2003 ketika usianya 19 tahun. Namun muka mamat ni tidak lah black seBlake namanya. Kemudian Mozilla telah bekerjasama dengan Firefox dan menghasilkan web browser yang dinamakan Mozilla Firefox ( ini tak tipu tau!). Web browser ini telah membuatkan ramai pelayar internet meninggalkan Internet Explorer kerana keringanan nya namun kini Fairoszsa lebih menggemari Google Crome ok. Keuntungan tahunan diperoleh Mozilla $100 million.



10. Gottfrid Svartholm
The Pirate Bay.Ha ha, seram tak nama ni. Di sinilah para lanun berhimpun. TPB diasaskan pada Februari 2004 ketika umur Gottfrid Svartholm 24 tahun. Keuntungan tahunan oleh TPB ialah $12 million. Fairosza tidak pernah download di TPB kerana tak reti guna torrent.


Kesimpulannya, sebenarnya nak jadi jutawan internet pun bukan senang. Bukan setakat duduk depan komputer je sambil menunggu duit datang ke poket. Diorang ni kene memerah otak giler-giler sebab paling penting ialah kreativiti. Memang susah sekali terutamanya bahagian programming. Eh alamak,tak siap lagi projek computing. Cuti sem tinggal 3minggu je lagi. Kene buat program simple guna visual basic pon susah giler. Lagila benda-benda kompleks maca yang diorang ni semua buat. Jadi, USAHA TANGGA KEJAYAAN DAN SENTIASA LAKSANAKAN PERINTAH ALLAH. (ish macam pakar motibasi la plak)



Ish..rasa-rasanya artikel ni salah tema kot..hehe..KOMEN YA TEMAN-TEMAN!
p/s:Komen daripada Fairosza untuk setiap individu di atas tidak dapat dipastikan kesahihannya kecuali figure-figure(nombor2) yang tercatat sahaja.

Artikel Yang Berkaitan



35 comments:

sniffa93_aznil4eva said...

wahh byknya.
bgs:)

gudluck yeah!

Syafiq said...

good facts pai..

hanamichi said...

wei baguh la !!! wah gila terbaik...

Aldien Blog said...

wah itu anak muda yang hebat, baru umur segitu aja udah sukses banget...!!! aku mau jadi miilyarder

Fairosza said...

macih kawan-kawan..

♫♫Remaja Komputer♫♫ said...

wah..mane dpt info sume ni..tapi nak buat benda ni sume bukan senang....sebab kena pro betul2 intenet ni..

taqie said...

follow kamu.
keep blogging

Mr. 6ta said...

ini baru namanya hebat!
harus ditiru supaya kebagian uangnya hahaha ^_^

xyncaholic said...

nice info..gud luck semoga sukses menjadi jutawan internet..hehe..

Fairosza said...

moga kita dimurahkan rezeki,ditingkatkan iman.amin

Hery said...

syukuri aja untuk apa yg kita dapatkan

hericl said...

Bisa Ga ya Aku seperti dia, bagus jg info nya, trima kasih.

juan said...

click prudential n watson

jiedan said...

gudluck ye!
:)

Goceng said...

jadi pengen....

FAISAL HILMI said...

Wah....... Bisa jadi inspirasi nih!!

ilah said...

gd luck yer..
chayo!!aja2 fighting..

Fairosza said...

memang bisa jadi inspirasi kok..

CARI DUIT said...

Wah that is inspiring me to hardwork tah

anak nelayan said...

woww mantab

farysa said...

nuff zzz

norain ishak said...

dah kaye,share2 lah..

ZouL said...

haha..dh kaya ni best la..leh duduk2 je

Fairosza said...

memang best r kaya..tp kene pandai urus duit gak..korang rajin2kan la diri klik iklan nuff ye..boleh la saya jd jutawan nt..
hehe ada harapan ke..

Nurzarinah said...

dah nak abis masanya ni pon kene komen ke?

Fairosza said...

mestilah..komen tetap komen..hehe

Nurzarinah said...

owh ye ke?nah ni komen..hehe..nt kalo menang belanje

blog buat bloggers said...

Waduh kapan ya saya jadi jutawan sob, hehe...

~zuL~ said...

mmg btol tu.. tp skrg nih de ke melayu nk tlong melayu?? aku rse da berkurang dh kt bumi malaysia nih. melayu tlong bangsa len ade lh.. tgk dari segi ekonomi kt malaysia nih.. majoriti cina yg perniagaan nye sukses kn? melayu ni cume mls ja (termasuk diri ini tp kite cube la nk improve).. xkn nk dduk bwh tempurung ja kn. ko pn buleh ja jd jutawan nti.. insyaAllah =)

Fairosza said...

ada betulnye gak zul..tapi bukan sume..=)

ijoks2009 said...

Salam Fairoza.
Sikap macam ni yg patut kita tiru dia org ni,
Sabda rasulullah ambillah ilmu yg bermanafaat itu walau dimana kamu jumpa kerana itu ibarat barang orang islam yg hilang.
Tapi kebanyakan anak muda skrg kalau benda2 negatif cepat sgt meniru,kalau yg positif x ramai yg nak tiru.

Zikr the Jalanan Sepi Perantau said...

wah lau..tapi yang paling bagus jutawan akhirat..

rizputra7 said...

bila ler aku nak jadi kaya nie...

miss nadd said...

nad maw jd slh soang dr doang.huhu

Fairosza said...

ya..ramai nk jadi cam dorang..tp...

Sekolahku

Ko Apesal?!

GengCyber